Oleh rmf
Baru-baru ini  saya menjelajah kedalam dunia telecentre diseluruh dunia, terutama kepentingannya didalam dunia ke 3, Uganda  salah satu negara  yang saya lihat memperlihatkan kepentingan telecentre terhadap masyarakat persekitarannya.
Bermula dengan serba kekurangan mereka membina telecentre ini dengan sunbangan awam, sumbangan ini termasuklah buku, alatan  dan apa sahaja yang boleh digunakan untuk membangunkan komuniti didalam ICT. Dengan berbekalkan 2 buah komputer  mereka mencari maklumat  untuk dimanfaatkan didalam kehidupan mereka. Mereka tidak mahu ketinggalan didalam perlumbaan teknologi  masa kini.
Di dalam negara kita, apa yang kita lihat kita dibanjiri dengan pelbagai kemudahan  telecentre dan didalam pelbagai bentuk. Tanggungjawab kerajaan terhadap pembangunan ICT seharusnya direbut oleh semua golongan di negara ini, akan tetapi apa yang meyedihkan kesedaran ini amat kurang sekali wujud didalam minda masyarakat kita. Peluang demi peluang  diberikan tetapi tidak di rebut dengan sepenuhnya. Jika kemudahan sedemikian  didapati di Uganda, saya rasa mereka akan menggunkan sepenuhnya segala kemudahan ini dengan sebaiknya.
Kedaikom adalah salah satu daripada pusat komuniti yang telah diwujudkan  oleh kerajaan untuk membangunkan akar umbi agar celik ICT disamping memperkenalkan pelbagai jenis kaedah yang mudah melalui internet didalam pelbagai urusan seharian, akan tetapi pengwujudan ini tidak direbut dengan sepenuhnya oleh masyarakat untuk membangunkan diri sendiri dan juga komuniti sekelilingnya.
Seharusnya kita bersyukur  dengan kemudahan ini berbanding dengan negara dunia ke 3 yang masih mencari peluang yang luas didalam pembangunan ICT didalam komuniti mereka.
Marilah kita jelajah dunia ketiga , melihat bagaimana mereka membangunkan ICT didalam dunia komuniti mereka dengan seba kekurangan, moga dengan cara ini akan mempertingkatkan lagi  daya usaha kita, mengembeling tenaga  didalam membangunkan komuniti.


0 comments:
Post a Comment