Monday, December 15, 2008

Buli Siber (Cyber Bullying) 2

Oleh rmf

Sehingga Oktober tahun lalu, sebanyak 60 kes buli siber dilaporkan ke Keselamatan Siber Malaysia di bawah kategori gangguan elektronik dan kebanyakannya berlaku di sekolah menengah di sekitar Lembah Klang.

72 peratus remaja Asia berumur 15 hingga 24 tahun menggunakan internet untuk pelbagai perkara, termasuk mencari maklumat, muat turun lagu atau perisian serta mencari kenalan.

  1. Lebih 42 peratus pengguna Internet di Malaysia berumur kurang 24 tahun, 47 peratus pelajar sekolah menengah dan lapan peratus pula masih belajar di sekolah rendah.

  2. Jumlah yang rendah ini bukan bermakna tidak banyak kes buli berlaku, tetapi kebanyakan mangsa ‘malas’ untuk menghebohkannya dan menganggap ia tidak perlu dilayan.

Kebanyakan remaja beranggapan

1. 40 peratus beranggapan tidak mengapa berbual dengan orang tidak dikenali di Internet.
2. 20 peratus beranggapan selamat untuk mendedahkan maklumat peribadi di Internet.
3. 30 peratus memberi pertimbangan untuk bertemu rakan Internet.
4. 9 peratus pengguna Internet muda (13 hingga 15 tahun) pernah bertemu rakan pertama yang dikenali melalui internet.

Awasi laman web anak: Didik peraturan layari internet

ADAKAH anak anda mangsa atau pembuli siber? Pengurus Pemasaran Serantau Perniagaan Pelanggan Symantec, Rantau Asia Selatan, Effendy Ibrahim berkata, cara terbaik mengelakkan anak anda daripada menjadi pembuli siber ialah memastikan mereka memahami peraturan perilaku baik penggunaan telefon bimbit dan internet dengan memantau penggunaannya.

Beliau mencadangkan ibu bapa meminta daripada anak mereka untuk melihat laman web serta laman rangkaian sosial yang disertai.

“Anda juga boleh menyemak panggilan telefon bimbit mereka dan gambar, pesanan teks yang disimpan. Anak yang sudah remaja akan beranggapan ia adalah privasi dan ibu bapa perlu ingatkan itu adalah tanggungjawab mereka.

“Jika masalah itu berulang, anda boleh bertindak mengurangkan atau menggantung hak penggunaan telefon bimbit atau komputer mereka,” katanya.

Tanda-tanda anak anda diserang pembuli siber adalah susah hati, sedih atau marah selepas menggunakan telefon bimbit atau komputer; tidak lagi menyertai kegemaran bersama rakan; prestasi pelajaran merosot serta sering melepaskan kemarahan atau tekanan di sekolah dan sering murung atau bersedih.

Dari aspek keselamatan, dunia sebenar jauh berbeza daripada dunia siber. Logiknya, anda tidak akan memberi kad kredit kepada penjenayah jika anda sangsi. Dalam dunia dalam talian, penjenayah menggunakan kuasa teknologi untuk mendapatkan apa yang anda tidak bagi di dunia sebenar.

Sehubungan itu, amat penting ibu bapa memainkan peranan mengajar anak mereka mengamalkan kehidupan sebenar perlu digunakan dalam talian siber kerana mereka perlu mengetahui mengenai bahaya, risiko apa yang mereka lakukan.

Anda sememangnya tidak berhasrat menyekat aktiviti atau gaya hidup anak, tetapi jika mereka berbincang mengenainya, minta anak tunjukkan kepada anda dan bertindak mengikut langkah sesuai.

Antaranya ialah menyimpan sebarang bukti bercetak aktiviti buli; mengenal pasti pembuli dan kebiasaannya akan terdapat lebih seorang mangsa di mana anda boleh menyertainya; membuat aduan rasmi kepada penyelia internet dan pemilik telefon bimbit.

Ibu bapa juga boleh berhubung terus dengan pembuli supaya menghentikan kegiatan mereka; menghubungi ibu bapa mereka menerusi telefon, surat dan jika perlu amaran tindakan undang-undang; latih anak supaya sentiasa berhubung dengan guru jika buli berlaku di sekolah dan jika membabitkan ancaman keganasan dan seksual, ibu bapa perlu melaporkan kepada polis.

Jika ibu bapa sentiasa berdampingan dengan anak serta sering berbincang dengan mereka serta meminta mereka mengamalkan pendekatan selamat, mereka akan mudah mengesan jika berlakunya buli siber.

Selain itu, Effendy juga mencadangkan kaedah ‘Avatar’ iaitu mengekalkan rahsia di talian iaitu dengan cara menghantar bukan gambar sebenar jika perlu berbuat demikian.

Sesiapa saja boleh mewujudkan satu Avatar kerana ia adalah idea yang baik dengan menggunakan grafik yang lain daripada gambaran sebenar pengguna. Mereka boleh mengubah identiti mereka setiap hari tanpa dikenali, dikesan atau dianiaya.

Link :http://www.rempah.com/blog/2008/01/27/buli-siber/

1 comments:

juanita said...

salam kedaikom perak.

Saya mintak kebenaran untuk mengambil beberapa informasi di blog tuan untuk tujuan kajian saya.

Terima kasih

KEDAIKOM

PELBAGAI IKLAN:
IKLAN



Set Karaoke Untuk DiSewa bersama DJ Untuk Majlis Rasmi Dan Perkahwinan

Lembu dan Kambing Untuk Majlis Kenduri, Ibadah Korban,Aqiqah

Kueh Tradisional untuk Majlis Perkahwinan, Hari Raya

Food & Service serta pelayan Untuk Majlis Rasmi dan Perkahwinan, Pelamin dan lain lain keperluan

BAJU DAN PERALATAN SUKAN

Sesiapa yang berminat Untuk membuat tempahan Baju Sukan dan Peralatan Sukan boleh membuat tempahan

Hubungi REDZUAN TEL:012 5921223 ATAU email kedaikomperak@gmail.com, rmf700@yahoo.com
TERIMA KASIH :