Oleh rmf
Sebagai persediaan kepada semua pengusaha /Jurulatih
Tip-Tip Menghalang Komputer Diserang Virus
Hari ini saya akan cuba menerangkan beberapa tip yang berguna bagi mereka yang sudah tidak tahan dengan virus.Virus sudah tidak dapat dipisahlan lagi dengan komputer.Virus dan komputer boleh diibaratkan dengan lagu dan melodi.Bermacam-macam nama diberi kepada virus yang dijumpai.Virus sebenarnya tiada nama , namanya diberi oleh mereka yang pertama menjumpainya.Virus banyak menyerang komputer yang menggunakan sistem operasi windows.Mengapa begitu?Ini kerana orang yang membuat virus inginkan duit.Virus dahulu dicipta untuk mencari publisiti murahan manakala virus sekarang dicipta untuk mencari duit.Virus dahulu dicipta untuk menyerang satu bahagian sahaja tetapi virus sekarang dicipta untuk menyerang semua bahagian pada satu tempat sahaja.Sebagai contoh virus pada masa sekarang dicipta untuk menyerang Malaysia sahaja sedangkan negara lain tidak akan diserang.
Mencipta virus adalah satu pekerjaan yang cukup lumayan pendapatan pada masa sekarang.Hanya perlu membuat satu program dan sebarkan ke internet.Dalam beberapa minit virus tersebut tersebar ke seluruh dunia dan kutip untung melalui jualan antivirus.Kalau tertangkap pun dikenakan penjara beberapa tahun sahaja.Mengapa manusia mencari pendapatan yang boleh menyusahkan orang?.
Berikut adalah beberapa tip yang berguna yang mana boleh mengelak komputer di serang virus.
1.Sentiasa update antivirus.
2.Sentiasa update Windows
3.Elakkan download software percuma
4.Elakkan memasuki laman web yang bukan-bukan (lucah)
5.Jangan guna screen saver yang didownload.
6.Sentiasa melakukan housekeeping
7.Gunakan browser mozilla firefox
8.Scan pendrive , disket sebelum run
9.Scan data sebelum buka file tersebut
Itu adalah tip-tip yang wajib anda lakukan untuk mengelak komputer dari diserang komputer.Saya mencadangkan anda menggunakan 2 perisian antivirus di komputer.Pastikan perisian tersebut serasi antara satu sama lain.Satu perisian yang berbayar dan satu perisian percuma.Tapi harus diingat sebelum guna pastikan antivirus tersebut boleh dipercayai.
Bagi tips no.8 (Scan pendrive , disket sebelum run) ,ada pekerja kedai pc cakap kalau cucuk pendrive kemudian scan pendrive tu.Secara automatic(kalau ada virus kuat) sebelum scan virus.virus tetap akan tersebar ke dalam komputer. Bagi megelakkan perkara ini berlaku jangan sesekali anda gunakan AUTOPLAY.
Untuk mengesan malware kita memerlukan software yang dapat mengesan kehadiran malware dalam komputer`.Salah satu software yang boleh digunakan secara percuma adalah Prevx CSI - Free Malware Scanner.Software ini boleh di download dan diguna secara percuma dan boleh digunakan pada Windows XP, Vista, 2003, 2000 SP4 .Terdapat banyak lagi software yang boleh digunakan secara percuma tetapi harus berhati-hati kerana sesetengah software tersebut adalah “perangkap samar”.Jika anda search keyword malware scan , malware scanner atau free malware scanner di enjin carian google sebagai contoh , memang banyak link yang menceritakan kisah suka duka malware.Akhir sekali dari saya hidup komputer tanpa malware.
Thursday, December 25, 2008
Pengusaha/ Jurulatih : Tip-tip menghalang komputer diserang Virus
Posted by KEDAIKOM PERAK at 12:02 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Infonya sangat menarik, di tunggu kujungan baliknya...!!
Post a Comment