Monday, December 15, 2008

Buli Siber (Cyber Bullying)

Oleh rmf

Suntingan asal - Oleh Mohd Azis Ngah (Berita Mingguan)

Mengikut Seksyen 223, Akta Komunikasi Dan Multimedia, sebarang komen, permintaan, cadangan atau setiap komunikasi yang kedengaran lucah, tidak senonoh, palsu, mengancam atau serangan dengan niat untuk menjengkelkan, memaki, mengancam atau mengacau orang yang lain dianggap suatu kesalahan. Pesalah boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun.
  1. Jangan jadi mangsa atau pembuli siber
  2. Hentikan, halang dan dedahkan (jangan bagi maklum balas kepada sebarang mesej pembuli siber, Halangnya daripada terus menghantar mesej dan maklumkan kepada orang dewasa yang dipercayai).
  3. Fikir sebelum klik (semak apa yang anda hantar dan fikirkan daripada pelbagai aspek, pandangan serta kesannya).
  4. Hormat (gunakan kemudahan sebaik mungkin dan hormati perasaan pengguna lain)
  5. Jadikan maklumat peribadi sebagai rahsia (semakin banyak rahsia anda didedahkan, semakin senang mereka membuli anda)
  6. ‘Take 5’ (jauhi komputer selama lima minit apabila sesuatu yang mengecewakan, mengejutkan berlaku kepada anda. Ini bermakna anda tidak akan melakukan sesuatu dalam keadaan sesal atau tidak menentu).
  7. Bina laman web sendiri (untuk kegunaan peribadi dan pasang penggera untuk menghindari pembuli lebih awal).

Kanak-kanak lebih mudah dibuli

Ibu bapa perlu pastikan anak mereka tidak mendedahkan maklumat peribadi terutama alamat rumah

KANAK-KANAK yang melayari internet lebih terbuka mindanya. Hakikatnya, ia suatu perkembangan yang selaras dengan perkembangan teknologi serta memastikan generasi muda tidak ketinggalan serta kaedah berkesan melahirkan pelapis yang celik Teknologi Maklumat (IT).

Namun, kanak-kanak yang tidak dikawal penggunaan internet sebenarnya terdedah dengan risiko diserang pembuli siber yang boleh mengakibatkan tekanan, gangguan perasaan serta terasa diancam.

Walaupun kes buli siber di Malaysia tidak dianggap sebagai ancaman, tetapi ia suatu yang perlu disedari dan diakui boleh mengganggu pengguna internet khususnya generasi muda yang baru berjinak dengan dunia teknologi.

Dinegara maju seperti Amerika Syarikat, kebanyakan kejadian berlaku berikutan kanak-kanak mudah terpengaruh dengan watak dalam permainan internet. Mereka turut mengamalkan sikap yang sama ketika berkomunikasi dengan pengguna lain di internet.

Pasukan penyelidik Universiti California, San Francisco dan University of Pittsburgh Amerika Syarikat pada April 2006 mengesahkan wujudnya kaitan antara keganasan yang digambarkan dalam permainan komputer dengan kelakuan kasar bersifat anti sosial.

Kajian mendapati, lelaki berumur 18 hingga 21 tahun daripada etnik kecil dan mempunyai latar belakang sosioekonomi berbeza gemar bermain permainan keganasan tahap rendah, contohnya permainan Simpsons: Pukul Dan Lari.

Satu kelompok lagi sukakan permainan keganasan peringkat tinggi seperti Grand Theft Auto III. Watak pemain Grand Theft Auto merujuk kepada peranan seorang penjenayah yang diambil bekerja oleh mafia menggunakan seekor kelawar besbol memukul peniaga ubat dan menjadikan ubat jualan itu khas untuk pelacur diambil bekerja oleh mafia.

Watak Men dalam Grand Theft Auto dikatakan sentiasa tertekan, sikap negatif, kelakuan tidak suka bekerjasama, lebih konflik dalam interaksi sosial, sikap permisif (terbuka) terhadap menggunakan alkohol dan ganja, berbanding dengan yang yang dimainkan The Simpsons.Di Malaysia, walaupun kes membabitkan siber buli tidak banyak dilaporkan, tetapi wujud kecenderungan itu cuma tidak dilaporkan kerana sikap tidak peduli pengguna internet atau masyarakat yang menganggap ia sebagai remeh.

Berdasarkan statistik terbaru Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKKM), sehingga September 2007, ada 11.7 juta penduduk menggunakan internet secara langganan ‘dial-up’ manakala 1.2 juta lagi menggunakan kemudahan teknologi itu secara langganan jalur lebar.

Daripada jumlah itu, kajian mendapati 46 peratus daripada pelayar web di Malaysia melayari laman sosial seperti Friendster, MySpace®, Xanga, Atau Facebook dan kebanyakan mereka seronok menghantar dan berkongsi profil peribadi, gambar tanpa menyedari maklumat mereka direkod pihak tertentu.

Kebanyakan mereka yang gemar berkongsi maklumat dengan rakan, sama ada melalui laman web sendiri atau blog dengan mendedahkan maklumat sebenar mereka berisiko untuk dibuli atau diancam.

Pengurus Pemasaran Serantau, Perniagaan Pelanggan Symantec bagi Rantau Asia Selatan, Effendy Ibrahim berkata, berdasarkan kajian, walaupun kes serangan siber di Malaysia tidak banyak dilaporkan berbanding negara maju, pihaknya percaya apa yang berlaku di sana juga boleh berlaku di sini.

Ini kerana katanya, kira-kira 42 peratus daripada jumlah keseluruhan pengguna internet di Malaysia adalah remaja berusia 24 tahun ke bawah dan kanak-kanak.“Kanak-kanak adalah golongan paling berisiko menghadapi serangan itu kerana mereka dikategorikan sebagai ‘mangsa yang mudah’ berbanding orang dewasa yang lebih matang.“Ia boleh dilakukan sesiapa saja, sama ada kanak-kanak, remaja dan kadangkala orang dewasa juga terbabit,” katanya

0 comments:

KEDAIKOM

PELBAGAI IKLAN:
IKLAN



Set Karaoke Untuk DiSewa bersama DJ Untuk Majlis Rasmi Dan Perkahwinan

Lembu dan Kambing Untuk Majlis Kenduri, Ibadah Korban,Aqiqah

Kueh Tradisional untuk Majlis Perkahwinan, Hari Raya

Food & Service serta pelayan Untuk Majlis Rasmi dan Perkahwinan, Pelamin dan lain lain keperluan

BAJU DAN PERALATAN SUKAN

Sesiapa yang berminat Untuk membuat tempahan Baju Sukan dan Peralatan Sukan boleh membuat tempahan

Hubungi REDZUAN TEL:012 5921223 ATAU email kedaikomperak@gmail.com, rmf700@yahoo.com
TERIMA KASIH :