Oleh rmf
- PC menjadi hang selepas dibuka.
 - Keupayaan atau prestasi PC tiba-tiba sahaja menjadi lembap. Sebarang aplikasi atau fail yang hendak dibuka terlalu perlahan.
 - Keluar mesej ‘Out-of-memory error’ walaupun PC mengandungi ruang ingatan yang mencukupi.
 - Sistem operasi Windows tidak boleh dilarikan walaupun sebelum ini kita tidak pernah menyentuh bahagian setting ataupun mengubah registry.
 - Sistem operasi Windows tidak boleh dilarikan disebabkan fail-fail penting yang digunakan untuk melarikan sistem ini hilang secara tiba-tiba.
 - Ada program-program yang tidak pernah diinstal sebelum ini tiba-tiba muncul dan berjalan dengan sendirinya.
 - Terdapat proses yang tidak diketahui sedang berjalan dan menggunakan banyak sumber CPU.
 - Kita tidak boleh menginstal sebarang program atau aplikasi baru.
 - Windows tiba-tiba sahaja reboot dan proses reboot berlaku berulangkali.
 - Utiliti cakera seperti Scandisk melaporkan banyak ‘error’ pada cakera selepas melakukan imbasan cakera.
 - Program atau aplikasi yang sebelum ini boleh digunakan crash secara tiba-tiba.
 - Drive partition bagi cakera keras, CD-ROM dan cakera liut tiba-tiba sahaja hilang.
 - Menerima e-mel yang mengandungi sisipan-sisipan yang ganjil contohnya mengandungi dua ekstensi.
 - Perisian antivirus hilang secara tiba-tiba.
 - Perisian antivirus tidak boleh diinstal.
 - Dialog box terpapar pada skrin secara tiba-tiba.
 - Sistem PC berjalan dengan sendirinya misalnya tetikus menunjuk kesesuatu, membuka dan menutup tray CD-ROM dan sebagainya.
 - Penunjuk tetikus berubah imej dan grafik.
 - Ikon-ikon ganjil terpapar pada sistem tray walaupun tidak pernah menginstal sebelum ini.
 - Muzik atau sebarang audio tiba-tiba sahaja dimainkan dengan sendirinya.
 - Saiz sesuatu fail berubah walaupun kita tidak mengeditnya sebelum ini.
 
Semoga tanda-tanda ini akan menjadi panduan kepada semua pengusaha kedaikom, dan dapat mengambil lagkah-langkah perlu untuk mengatasinya.
Sumber: pelayar


0 comments:
Post a Comment