Saturday, December 20, 2008

Telecentre

Oleh rmf

Baru-baru ini saya menjelajah kedalam dunia telecentre diseluruh dunia, terutama kepentingannya didalam dunia ke 3, Uganda salah satu negara yang saya lihat memperlihatkan kepentingan telecentre terhadap masyarakat persekitarannya.
Bermula dengan serba kekurangan mereka membina telecentre ini dengan sunbangan awam, sumbangan ini termasuklah buku, alatan dan apa sahaja yang boleh digunakan untuk membangunkan komuniti didalam ICT. Dengan berbekalkan 2 buah komputer mereka mencari maklumat untuk dimanfaatkan didalam kehidupan mereka. Mereka tidak mahu ketinggalan didalam perlumbaan teknologi masa kini.
Di dalam negara kita, apa yang kita lihat kita dibanjiri dengan pelbagai kemudahan telecentre dan didalam pelbagai bentuk. Tanggungjawab kerajaan terhadap pembangunan ICT seharusnya direbut oleh semua golongan di negara ini, akan tetapi apa yang meyedihkan kesedaran ini amat kurang sekali wujud didalam minda masyarakat kita. Peluang demi peluang diberikan tetapi tidak di rebut dengan sepenuhnya. Jika kemudahan sedemikian didapati di Uganda, saya rasa mereka akan menggunkan sepenuhnya segala kemudahan ini dengan sebaiknya.
Kedaikom adalah salah satu daripada pusat komuniti yang telah diwujudkan oleh kerajaan untuk membangunkan akar umbi agar celik ICT disamping memperkenalkan pelbagai jenis kaedah yang mudah melalui internet didalam pelbagai urusan seharian, akan tetapi pengwujudan ini tidak direbut dengan sepenuhnya oleh masyarakat untuk membangunkan diri sendiri dan juga komuniti sekelilingnya.
Seharusnya kita bersyukur dengan kemudahan ini berbanding dengan negara dunia ke 3 yang masih mencari peluang yang luas didalam pembangunan ICT didalam komuniti mereka.
Marilah kita jelajah dunia ketiga , melihat bagaimana mereka membangunkan ICT didalam dunia komuniti mereka dengan seba kekurangan, moga dengan cara ini akan mempertingkatkan lagi daya usaha kita, mengembeling tenaga didalam membangunkan komuniti.

Thursday, December 18, 2008

Oleh rmf


Majlis Penutup Program Komuniti Fasa 4
17-18 December 2008 -Program Komuniti Fasa 4 telah pun berakhir, Majlis penutup telah berlangsung di Pusat Latihan UiTM , Tanjung Tualang dan telah dihadiri oleh En. Uzer bin Tajuddin dari Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia, En. Zulkefli dari Maxis serta semua agen perubah, pengusaha serta peserta-peserta kursus.

Majlis dijalankan dengan penuh harmoni dan upacara penyampaian hadiah telah berlangsung mengikut kategori yang dipertandingkan
Agen Perubah Terbaik - Nor Hidayah binti Hariri -dari Kampung Kasim

Kedaikom Terbaik - Redzuan dari Kampung Tua
Laman Blog Terbaik- Kedaikom Kampung Tua

Ucapan sekalung tahniah kepada semua agen perubah yang telah bertungkus lumus membangunkan komuniti dengan semangat yang jitu. Diharapkan dimasa akan datang akan sentiasa berusaha untuk memajukan kedaikom didalam ICT.

Ucapan penghargaan juga diberikan kepada crew-crew warisan global yang sepanjang penglibatan mereka didalam membangunkan kursus kursus yang telah banyak memberikan manfaat kepada pengusaha kedaikom sebagai landasan untuk membangunkan komuniti dengan lebih sistematik.

Sekalung Tahniah:

Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia,
Maxis Broadband Sdn.Bhd.
Warisan Global Sdn.Bhd
Agen-agen Perubah
Pengusaha kedaikom
Ketua-ketua Masyarakat




Jasa serta sumbangan anda semua amat dihargai.







Monday, December 15, 2008

Buli Siber (Cyber Bullying) 2

Oleh rmf

Sehingga Oktober tahun lalu, sebanyak 60 kes buli siber dilaporkan ke Keselamatan Siber Malaysia di bawah kategori gangguan elektronik dan kebanyakannya berlaku di sekolah menengah di sekitar Lembah Klang.

72 peratus remaja Asia berumur 15 hingga 24 tahun menggunakan internet untuk pelbagai perkara, termasuk mencari maklumat, muat turun lagu atau perisian serta mencari kenalan.

  1. Lebih 42 peratus pengguna Internet di Malaysia berumur kurang 24 tahun, 47 peratus pelajar sekolah menengah dan lapan peratus pula masih belajar di sekolah rendah.

  2. Jumlah yang rendah ini bukan bermakna tidak banyak kes buli berlaku, tetapi kebanyakan mangsa ‘malas’ untuk menghebohkannya dan menganggap ia tidak perlu dilayan.

Kebanyakan remaja beranggapan

1. 40 peratus beranggapan tidak mengapa berbual dengan orang tidak dikenali di Internet.
2. 20 peratus beranggapan selamat untuk mendedahkan maklumat peribadi di Internet.
3. 30 peratus memberi pertimbangan untuk bertemu rakan Internet.
4. 9 peratus pengguna Internet muda (13 hingga 15 tahun) pernah bertemu rakan pertama yang dikenali melalui internet.

Awasi laman web anak: Didik peraturan layari internet

ADAKAH anak anda mangsa atau pembuli siber? Pengurus Pemasaran Serantau Perniagaan Pelanggan Symantec, Rantau Asia Selatan, Effendy Ibrahim berkata, cara terbaik mengelakkan anak anda daripada menjadi pembuli siber ialah memastikan mereka memahami peraturan perilaku baik penggunaan telefon bimbit dan internet dengan memantau penggunaannya.

Beliau mencadangkan ibu bapa meminta daripada anak mereka untuk melihat laman web serta laman rangkaian sosial yang disertai.

“Anda juga boleh menyemak panggilan telefon bimbit mereka dan gambar, pesanan teks yang disimpan. Anak yang sudah remaja akan beranggapan ia adalah privasi dan ibu bapa perlu ingatkan itu adalah tanggungjawab mereka.

“Jika masalah itu berulang, anda boleh bertindak mengurangkan atau menggantung hak penggunaan telefon bimbit atau komputer mereka,” katanya.

Tanda-tanda anak anda diserang pembuli siber adalah susah hati, sedih atau marah selepas menggunakan telefon bimbit atau komputer; tidak lagi menyertai kegemaran bersama rakan; prestasi pelajaran merosot serta sering melepaskan kemarahan atau tekanan di sekolah dan sering murung atau bersedih.

Dari aspek keselamatan, dunia sebenar jauh berbeza daripada dunia siber. Logiknya, anda tidak akan memberi kad kredit kepada penjenayah jika anda sangsi. Dalam dunia dalam talian, penjenayah menggunakan kuasa teknologi untuk mendapatkan apa yang anda tidak bagi di dunia sebenar.

Sehubungan itu, amat penting ibu bapa memainkan peranan mengajar anak mereka mengamalkan kehidupan sebenar perlu digunakan dalam talian siber kerana mereka perlu mengetahui mengenai bahaya, risiko apa yang mereka lakukan.

Anda sememangnya tidak berhasrat menyekat aktiviti atau gaya hidup anak, tetapi jika mereka berbincang mengenainya, minta anak tunjukkan kepada anda dan bertindak mengikut langkah sesuai.

Antaranya ialah menyimpan sebarang bukti bercetak aktiviti buli; mengenal pasti pembuli dan kebiasaannya akan terdapat lebih seorang mangsa di mana anda boleh menyertainya; membuat aduan rasmi kepada penyelia internet dan pemilik telefon bimbit.

Ibu bapa juga boleh berhubung terus dengan pembuli supaya menghentikan kegiatan mereka; menghubungi ibu bapa mereka menerusi telefon, surat dan jika perlu amaran tindakan undang-undang; latih anak supaya sentiasa berhubung dengan guru jika buli berlaku di sekolah dan jika membabitkan ancaman keganasan dan seksual, ibu bapa perlu melaporkan kepada polis.

Jika ibu bapa sentiasa berdampingan dengan anak serta sering berbincang dengan mereka serta meminta mereka mengamalkan pendekatan selamat, mereka akan mudah mengesan jika berlakunya buli siber.

Selain itu, Effendy juga mencadangkan kaedah ‘Avatar’ iaitu mengekalkan rahsia di talian iaitu dengan cara menghantar bukan gambar sebenar jika perlu berbuat demikian.

Sesiapa saja boleh mewujudkan satu Avatar kerana ia adalah idea yang baik dengan menggunakan grafik yang lain daripada gambaran sebenar pengguna. Mereka boleh mengubah identiti mereka setiap hari tanpa dikenali, dikesan atau dianiaya.

Link :http://www.rempah.com/blog/2008/01/27/buli-siber/

Buli Siber (Cyber Bullying)

Oleh rmf

Suntingan asal - Oleh Mohd Azis Ngah (Berita Mingguan)

Mengikut Seksyen 223, Akta Komunikasi Dan Multimedia, sebarang komen, permintaan, cadangan atau setiap komunikasi yang kedengaran lucah, tidak senonoh, palsu, mengancam atau serangan dengan niat untuk menjengkelkan, memaki, mengancam atau mengacau orang yang lain dianggap suatu kesalahan. Pesalah boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun.
  1. Jangan jadi mangsa atau pembuli siber
  2. Hentikan, halang dan dedahkan (jangan bagi maklum balas kepada sebarang mesej pembuli siber, Halangnya daripada terus menghantar mesej dan maklumkan kepada orang dewasa yang dipercayai).
  3. Fikir sebelum klik (semak apa yang anda hantar dan fikirkan daripada pelbagai aspek, pandangan serta kesannya).
  4. Hormat (gunakan kemudahan sebaik mungkin dan hormati perasaan pengguna lain)
  5. Jadikan maklumat peribadi sebagai rahsia (semakin banyak rahsia anda didedahkan, semakin senang mereka membuli anda)
  6. ‘Take 5’ (jauhi komputer selama lima minit apabila sesuatu yang mengecewakan, mengejutkan berlaku kepada anda. Ini bermakna anda tidak akan melakukan sesuatu dalam keadaan sesal atau tidak menentu).
  7. Bina laman web sendiri (untuk kegunaan peribadi dan pasang penggera untuk menghindari pembuli lebih awal).

Kanak-kanak lebih mudah dibuli

Ibu bapa perlu pastikan anak mereka tidak mendedahkan maklumat peribadi terutama alamat rumah

KANAK-KANAK yang melayari internet lebih terbuka mindanya. Hakikatnya, ia suatu perkembangan yang selaras dengan perkembangan teknologi serta memastikan generasi muda tidak ketinggalan serta kaedah berkesan melahirkan pelapis yang celik Teknologi Maklumat (IT).

Namun, kanak-kanak yang tidak dikawal penggunaan internet sebenarnya terdedah dengan risiko diserang pembuli siber yang boleh mengakibatkan tekanan, gangguan perasaan serta terasa diancam.

Walaupun kes buli siber di Malaysia tidak dianggap sebagai ancaman, tetapi ia suatu yang perlu disedari dan diakui boleh mengganggu pengguna internet khususnya generasi muda yang baru berjinak dengan dunia teknologi.

Dinegara maju seperti Amerika Syarikat, kebanyakan kejadian berlaku berikutan kanak-kanak mudah terpengaruh dengan watak dalam permainan internet. Mereka turut mengamalkan sikap yang sama ketika berkomunikasi dengan pengguna lain di internet.

Pasukan penyelidik Universiti California, San Francisco dan University of Pittsburgh Amerika Syarikat pada April 2006 mengesahkan wujudnya kaitan antara keganasan yang digambarkan dalam permainan komputer dengan kelakuan kasar bersifat anti sosial.

Kajian mendapati, lelaki berumur 18 hingga 21 tahun daripada etnik kecil dan mempunyai latar belakang sosioekonomi berbeza gemar bermain permainan keganasan tahap rendah, contohnya permainan Simpsons: Pukul Dan Lari.

Satu kelompok lagi sukakan permainan keganasan peringkat tinggi seperti Grand Theft Auto III. Watak pemain Grand Theft Auto merujuk kepada peranan seorang penjenayah yang diambil bekerja oleh mafia menggunakan seekor kelawar besbol memukul peniaga ubat dan menjadikan ubat jualan itu khas untuk pelacur diambil bekerja oleh mafia.

Watak Men dalam Grand Theft Auto dikatakan sentiasa tertekan, sikap negatif, kelakuan tidak suka bekerjasama, lebih konflik dalam interaksi sosial, sikap permisif (terbuka) terhadap menggunakan alkohol dan ganja, berbanding dengan yang yang dimainkan The Simpsons.Di Malaysia, walaupun kes membabitkan siber buli tidak banyak dilaporkan, tetapi wujud kecenderungan itu cuma tidak dilaporkan kerana sikap tidak peduli pengguna internet atau masyarakat yang menganggap ia sebagai remeh.

Berdasarkan statistik terbaru Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKKM), sehingga September 2007, ada 11.7 juta penduduk menggunakan internet secara langganan ‘dial-up’ manakala 1.2 juta lagi menggunakan kemudahan teknologi itu secara langganan jalur lebar.

Daripada jumlah itu, kajian mendapati 46 peratus daripada pelayar web di Malaysia melayari laman sosial seperti Friendster, MySpace®, Xanga, Atau Facebook dan kebanyakan mereka seronok menghantar dan berkongsi profil peribadi, gambar tanpa menyedari maklumat mereka direkod pihak tertentu.

Kebanyakan mereka yang gemar berkongsi maklumat dengan rakan, sama ada melalui laman web sendiri atau blog dengan mendedahkan maklumat sebenar mereka berisiko untuk dibuli atau diancam.

Pengurus Pemasaran Serantau, Perniagaan Pelanggan Symantec bagi Rantau Asia Selatan, Effendy Ibrahim berkata, berdasarkan kajian, walaupun kes serangan siber di Malaysia tidak banyak dilaporkan berbanding negara maju, pihaknya percaya apa yang berlaku di sana juga boleh berlaku di sini.

Ini kerana katanya, kira-kira 42 peratus daripada jumlah keseluruhan pengguna internet di Malaysia adalah remaja berusia 24 tahun ke bawah dan kanak-kanak.“Kanak-kanak adalah golongan paling berisiko menghadapi serangan itu kerana mereka dikategorikan sebagai ‘mangsa yang mudah’ berbanding orang dewasa yang lebih matang.“Ia boleh dilakukan sesiapa saja, sama ada kanak-kanak, remaja dan kadangkala orang dewasa juga terbabit,” katanya

Wednesday, December 10, 2008

Buat duit melalui Google AdSense

oleh rmf

Baru sahaja terbaca, bagaimana seorang kawan blogger telah mendapat PIN Number daripada Google AdSense- iaitu satu cara mendapat wang tambahan melalui Google AdSense-

Google AdSense adalah salah satu cara pengiklanan yang menggunakan blog-blog. Google AdSense akan membayar sejumlah imbuhan kepada empunya blog dgn jumlah tertentu.

Dan sekarang aku dah daftar dah....

Thank you for your interest in Google AdSense. Your application has now been submitted for review and we will follow up with you by email in 1-2 days.

Saper yang dah ada blog tu kalau nak cuba masuk laa.. daftar la sekarang... Google AdSense

kalau nak laa...

Tuesday, December 9, 2008

Perjumpaan Pengusaha / Jurulatih 17-18 December

Oleh rmf

Selamat Datang Kepada Semua Pengusaha dan Jurulatih pada 17-18 December 2008 di Pusat Latihan UiTM Tanjung Tualang.

Kita bersama lagi di sana....

Friday, December 5, 2008

Pengaturcaraan & Pembangunan 2a

oleh rmf

Kita sambung kembali cara cara membangunkan web dengan menggunakan Dreamweaver CS- Sebagai langkah pertama apa yang harus anda lakukan ialah :

  1. Install Apache Server Package
  2. Disarankan agar anda menggunakan Wamp Server

Tujuan kita ialah untuk menjadikan PC kita supaya menjadi Local Web Host atau localhost didalam pembinaan web nanti. Pembinaan ini tidak kira sama ada anda membina laman web statik atau dinamik.

Untuk memudahkan anda sila Download Wamp server 2.0 ... Klik disni http://www.wampserver.com/en/download.php

Buat yang ni dulu, selepas ini baru kita ikut peringkat demi peringkat ..

bersambung..........

KEDAIKOM

PELBAGAI IKLAN:
IKLAN



Set Karaoke Untuk DiSewa bersama DJ Untuk Majlis Rasmi Dan Perkahwinan

Lembu dan Kambing Untuk Majlis Kenduri, Ibadah Korban,Aqiqah

Kueh Tradisional untuk Majlis Perkahwinan, Hari Raya

Food & Service serta pelayan Untuk Majlis Rasmi dan Perkahwinan, Pelamin dan lain lain keperluan

BAJU DAN PERALATAN SUKAN

Sesiapa yang berminat Untuk membuat tempahan Baju Sukan dan Peralatan Sukan boleh membuat tempahan

Hubungi REDZUAN TEL:012 5921223 ATAU email kedaikomperak@gmail.com, rmf700@yahoo.com
TERIMA KASIH :