Friday, November 28, 2008

Kedaikom selepas 2008

Oleh rmf

Sekalung tahniah kepada semua jurulatih yang telah bertungkus lumus menjalankan tanggungjawab yang telah diberikan untuk memberikan sumbangan yang amat besar terhadap pembangunan ICT diperingkat akar umbi. Kepayahan dan kesukaran semasa meneruskan program ini merupakan satu pengalaman yang tidak ternilai untuk diri kita. Adalah diharapkan semua jurulatih yang berjaya menamatkan program ini akan dapat meneruskan perkhidmatan didalam meningkatkan sumbangan terhadap komuniti tidak kira didalam bentuk apa sekali pun.

Sebagai jalan seterusnya, pengusaha kedaikom atau jurulatih seharusnya memikirkan satu jalan terbaik untuk memajukan kedaikom dengan sistem yang bersesuaian untuk di akses kepada masyarakat. Dengan adanya peningkatan ini keyakinan masyarakat terhadap konsep penubuhan kedaikom akan dicapai.

Pengembelingan tenaga, idea oleh semua pengusaha kedaikom seharusnya di satukan dibawah satu gabungan yang membolehkan setiap isea yang menguntungkan semua pihak dapat dikongsi bersama. Jesteru itu adalah menjadi wawasan setiap pengusaha untuk menjana pendapatan melalui kedaikom dengan mempelbagaikan aktiviti di luar persekitaran aktiviti kedaikom.

Penjanaan pendapatan ini boleh dipecahkan kepada beberapa aspek yang bergantung kepada keperluan permintaan komuniti, sebagai contoh yang nyata di dalam dasar yang telah di war-warkan oleh kerajaan masa kini ialag bidang pertanian. Melalui dasar kerajaan ini pihak kedaikom seharusnya memikirkan satu langkah penjanaan pendapatan, sebagai contohnya membina laman web untuk memasarkan benih-benih, baja atau yang berkaitan dengan pertanian atau penternakan. Ini merupakan salah satu contoh ringkas untuk kita kongsikan.

Terdapat banyak inisiatif atau peluang yang boleh dijanakan untuk menambah pendapatan di kedaikom. Adalah di ingatkan supaya pengusaha kedaikom tidak menjadikan semua keperluaan asas didalam kedaikom sebagai satu aktiviti penjanaan pendapatan. Jika konsep ini diamalkan pada masa akan datang kita akan kehilangan punca sebenar sumber pendapatan yang berada di luar persekitaran kita. Bina lah satu atau lebih peluang di luar persekitaran kita sebagai satu langkah jangka panjang penjanaan pendapatan. Sebagai contoh yang lain pengusaha membina rangkaian atau menceburi bidang lain selain daripada bidang ICT. Bidang tersebut boleh memberikan kesan terhadap pembangunan kedaikom sebagai pusat ICT atau Telecenter.

Cabaran kedaikom atau telecenter ialah membina plan strategik dan mencari inisiatif didalam mengembeling idea untuk mempelbagaikan plan pemasaran perkhidmatan jangka panjang yang boleh menyumbang terhadap peningkatan pendapatan melalui bidang yang di ceburi oleh komuniti.

Langkah ini perlu untuk kedaikom membina satu jalan keluar daripada kebergantungan daripada bantuan kerajaan yang selama ini dikecapi. Melalui langkah ini yang telah dijalankan oleh beberapa buah negara didalam mengekalkan tahap kekal mapan untuk sesabuah pusat telecenter. Melalui pendekatan ini membolehkan kedaikom meningkatkan penjanaan pendapatan, membaiki taraf prestasi sistem pengurusan, kewangan kedaikom serta penambahan rangkaian atau jaringan perniagaan.

Hari ini, dan selama 5 tahun sebelumnya kita telah berusaha dan sudah mengenal pasti tingkah persekitaran kita dan kita telah memahami secara jelas tanggungjwab yang telah diamanhkan kepada kita untuk membangunkan corak pemikiran komuniti didalam ICT. Jelas sekali penghasilan produk dan perkhidmatan inovatif oleh pengusaha dan jurulatih kedaikom sebagai penyedia maklumat secara global menerusi aplikasi yang dicantumkan.

Teknologi yang telah menjadi penyumbang besar didalam pembangunan dan pertumbuhan ICT diperingkat akar umbi telah banyak mencetuskan perubahan radikal didalam aktiviti perniagaan, sosial dan kerajaan.

Teknologi yang sentiasa berkembang dan seharusnya menyumbang kepada satu kehidupan yang lebih baik. Ia nya perlu dimanfaatkan bagi meningkatkan akses komunikasi di samping menggalakan penciptaan produk, pembelajaran, perkhidmatan dan akhirnya menghasilkan modal insan yang lebih berkualiti.

2 comments:

are_d89 said...

Mslhnye ada sesetengah pengusaha yang ingin menarik diri daripada meneruskan usaha ini.apakah tindakan yang perlu diambil utk mengekalkan mereka didlm usaha ini....????

KEDAIKOM PERAK said...

Soal mereka nak menarik diri itu bergantung kepada berapa kuat minat mereka didalam membangunkan diri sendiri dan masyarakat setempat. Memang tidak dapat dinafikan bahawa sumber pendapatan merupakan masalah utama bagi setiap pengusaha tetapi sebagai seorang usahawan mereka seharusnya sedar risiko tersebut. Dan dimasa ini mereka terpaksa memerah idea dan otak untuk mencari jalan dan juga peluang yang ada dipersekitaran mereka, bukan hanya bergantung semata-mata daripada internet dan perkhidmatan yang disediakan didalam premis mereka, mereka harus keluar dari zon selesa untuk membina satu semagat baru.

KEDAIKOM

PELBAGAI IKLAN:
IKLAN



Set Karaoke Untuk DiSewa bersama DJ Untuk Majlis Rasmi Dan Perkahwinan

Lembu dan Kambing Untuk Majlis Kenduri, Ibadah Korban,Aqiqah

Kueh Tradisional untuk Majlis Perkahwinan, Hari Raya

Food & Service serta pelayan Untuk Majlis Rasmi dan Perkahwinan, Pelamin dan lain lain keperluan

BAJU DAN PERALATAN SUKAN

Sesiapa yang berminat Untuk membuat tempahan Baju Sukan dan Peralatan Sukan boleh membuat tempahan

Hubungi REDZUAN TEL:012 5921223 ATAU email kedaikomperak@gmail.com, rmf700@yahoo.com
TERIMA KASIH :