Saturday, November 29, 2008

Pengaturcaraan & Pembangunan 2

Oleh rmf

Membina Laman Web menggunakan Dreamweaver CS

Sebelum kita memulakan pembinaan laman web menggunakan Dreamweaver CS3, Perlu dingatkan secara jelas, pengetahuan basic tentang coding atau HTML, XHML perlu ada.

(Penerangan mengenai Dreamweaver ini akan di muatkan nanti)

1.Pembinaan Laman Web Menggunakan Frontpage 2002/2003

Jika anda berada ditahap pembelajaran awal adalah digalakkan belajar menggunakan Frontpage untuk membiasakan diri anda membina laman web secara manual atau ertikata lain membiasakan diri membina dengan menggunakan table untuk membentuk web anda.

Disini saya sertakan tatacara untuk membina stail yang terdapat didalam Frontpage 2003 -

Pembelajaran menggunakan Microsoft FrontPage 2003


Sila lawati Laman ini
http://www.frontpage2002.com/frontpage_2003_tutorial_guide.htm

Selamat Mencuba....

Pengaturcaraan & Pembangunan

Oleh rmf

HTML (Hyper Text Markup Language )

Pada dasarnya untuk nmembina laman web kita seharusnya mengetahui sedikit sebanyak mengenai coding atau HTML (Hyper Text Markup Language). Pengetahuan ini amat perlu untuk menjadikan kita lebih mudah membina laman web walaupun didalam bentuk statik ataupun dinamik.

Bagi sesiapa yang masih mencari laman laman pembelajaran, disini saya sertakan satu laman web yang mana membolehkan anda mempelajari coding HTML.

Laman web pembelajaran HTML http://www.w3schools.com/

Selamat mencuba dan belajar...

Perkongsian Maklumat /

Oleh rmf

Semua pengusaha atau jurulatih kedaikom yang ingin memberikan cadangan ,Gambar kursus, maklumat teknikal / kerosakan atau apa juga idea untuk kita kongsi bersama boleh menghantar ke salah satu daripada email dibawah ini:-

  1. kedaikomperak@gmail.com
  2. rmf700@yahoo.com
  3. dedap77@yahoo.com

Semua maklumat yang dihantar hendaklah disertakan maklumat berikut

  1. Nama Pengusaha atau Jurulatih
  2. Alamat email
  3. Nama kedaikom
  4. Tajuk Maklumat
  5. Tarikh maklumat

Sekian.

Friday, November 28, 2008

Kedaikom selepas 2008

Oleh rmf

Sekalung tahniah kepada semua jurulatih yang telah bertungkus lumus menjalankan tanggungjawab yang telah diberikan untuk memberikan sumbangan yang amat besar terhadap pembangunan ICT diperingkat akar umbi. Kepayahan dan kesukaran semasa meneruskan program ini merupakan satu pengalaman yang tidak ternilai untuk diri kita. Adalah diharapkan semua jurulatih yang berjaya menamatkan program ini akan dapat meneruskan perkhidmatan didalam meningkatkan sumbangan terhadap komuniti tidak kira didalam bentuk apa sekali pun.

Sebagai jalan seterusnya, pengusaha kedaikom atau jurulatih seharusnya memikirkan satu jalan terbaik untuk memajukan kedaikom dengan sistem yang bersesuaian untuk di akses kepada masyarakat. Dengan adanya peningkatan ini keyakinan masyarakat terhadap konsep penubuhan kedaikom akan dicapai.

Pengembelingan tenaga, idea oleh semua pengusaha kedaikom seharusnya di satukan dibawah satu gabungan yang membolehkan setiap isea yang menguntungkan semua pihak dapat dikongsi bersama. Jesteru itu adalah menjadi wawasan setiap pengusaha untuk menjana pendapatan melalui kedaikom dengan mempelbagaikan aktiviti di luar persekitaran aktiviti kedaikom.

Penjanaan pendapatan ini boleh dipecahkan kepada beberapa aspek yang bergantung kepada keperluan permintaan komuniti, sebagai contoh yang nyata di dalam dasar yang telah di war-warkan oleh kerajaan masa kini ialag bidang pertanian. Melalui dasar kerajaan ini pihak kedaikom seharusnya memikirkan satu langkah penjanaan pendapatan, sebagai contohnya membina laman web untuk memasarkan benih-benih, baja atau yang berkaitan dengan pertanian atau penternakan. Ini merupakan salah satu contoh ringkas untuk kita kongsikan.

Terdapat banyak inisiatif atau peluang yang boleh dijanakan untuk menambah pendapatan di kedaikom. Adalah di ingatkan supaya pengusaha kedaikom tidak menjadikan semua keperluaan asas didalam kedaikom sebagai satu aktiviti penjanaan pendapatan. Jika konsep ini diamalkan pada masa akan datang kita akan kehilangan punca sebenar sumber pendapatan yang berada di luar persekitaran kita. Bina lah satu atau lebih peluang di luar persekitaran kita sebagai satu langkah jangka panjang penjanaan pendapatan. Sebagai contoh yang lain pengusaha membina rangkaian atau menceburi bidang lain selain daripada bidang ICT. Bidang tersebut boleh memberikan kesan terhadap pembangunan kedaikom sebagai pusat ICT atau Telecenter.

Cabaran kedaikom atau telecenter ialah membina plan strategik dan mencari inisiatif didalam mengembeling idea untuk mempelbagaikan plan pemasaran perkhidmatan jangka panjang yang boleh menyumbang terhadap peningkatan pendapatan melalui bidang yang di ceburi oleh komuniti.

Langkah ini perlu untuk kedaikom membina satu jalan keluar daripada kebergantungan daripada bantuan kerajaan yang selama ini dikecapi. Melalui langkah ini yang telah dijalankan oleh beberapa buah negara didalam mengekalkan tahap kekal mapan untuk sesabuah pusat telecenter. Melalui pendekatan ini membolehkan kedaikom meningkatkan penjanaan pendapatan, membaiki taraf prestasi sistem pengurusan, kewangan kedaikom serta penambahan rangkaian atau jaringan perniagaan.

Hari ini, dan selama 5 tahun sebelumnya kita telah berusaha dan sudah mengenal pasti tingkah persekitaran kita dan kita telah memahami secara jelas tanggungjwab yang telah diamanhkan kepada kita untuk membangunkan corak pemikiran komuniti didalam ICT. Jelas sekali penghasilan produk dan perkhidmatan inovatif oleh pengusaha dan jurulatih kedaikom sebagai penyedia maklumat secara global menerusi aplikasi yang dicantumkan.

Teknologi yang telah menjadi penyumbang besar didalam pembangunan dan pertumbuhan ICT diperingkat akar umbi telah banyak mencetuskan perubahan radikal didalam aktiviti perniagaan, sosial dan kerajaan.

Teknologi yang sentiasa berkembang dan seharusnya menyumbang kepada satu kehidupan yang lebih baik. Ia nya perlu dimanfaatkan bagi meningkatkan akses komunikasi di samping menggalakan penciptaan produk, pembelajaran, perkhidmatan dan akhirnya menghasilkan modal insan yang lebih berkualiti.

Thursday, November 27, 2008

Pengenalan

Oleh rmf

Laman blog ini diperkenalkan kepada semua pengusaha dan jurulatih Kedaikom Perak adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas, cadangan. masalah serta idea yang boleh kita kongsi bersama-sama dan sebagai blog penghubung silatulrahim diantara kita.

Adalah diharapkan kepada jurulatih dan pengusaha yang berpengalaman didalam bidang ICT, Pengurusan, Pemasaran, Pentadbiran dan Teknikal akan dapat mengembeling tenaga membantu rakan-rakan kita yang baru demi untuk kemajuan bersama disamping membangunkan komuniti dibawah jagaan masing-masing.

Sekian.


Redzuan Bin Mohamed Junid
Kedaikom Kampung Tua.

KEDAIKOM

PELBAGAI IKLAN:
IKLAN



Set Karaoke Untuk DiSewa bersama DJ Untuk Majlis Rasmi Dan Perkahwinan

Lembu dan Kambing Untuk Majlis Kenduri, Ibadah Korban,Aqiqah

Kueh Tradisional untuk Majlis Perkahwinan, Hari Raya

Food & Service serta pelayan Untuk Majlis Rasmi dan Perkahwinan, Pelamin dan lain lain keperluan

BAJU DAN PERALATAN SUKAN

Sesiapa yang berminat Untuk membuat tempahan Baju Sukan dan Peralatan Sukan boleh membuat tempahan

Hubungi REDZUAN TEL:012 5921223 ATAU email kedaikomperak@gmail.com, rmf700@yahoo.com
TERIMA KASIH :