Saturday, November 21, 2009
Karnival Komuniti dan Kedaikom Negeri Perak 1
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Bota Dato Nasaruddin bin Hashim dan dihadiri sama oleh En. Zulkifli bin Haji Manan daripada Maxis.
Posted by KEDAIKOM PERAK at 9:04 AM 0 comments
Sunday, July 26, 2009
Kursus Perkhidmatan Online dan Keusahawanan
Kursus ini telah berlangsung selama 2 hari, seramai 35 orang peserta telah menghadiri dan menunjukkan minat yang mendalam didalam pembangunan ilmu untuk diberikan kepada masyarakat apbila mereka berada di tempat masing-masing.
Posted by KEDAIKOM PERAK at 11:27 AM 0 comments
Tuesday, January 20, 2009
Sijil Penyertaan GEW
Walaupun program ini telah lama berlalu.. dimuatkan didalam blog ini untuk kenangan penyertaan agar suatu masa nanti ada dikalangan pengusaha kedaikom akan meyertai mana mana program yang dianjurkan untuk menilai kebolehan didalam sesuatu aspek.
Event Name: Mind Development of Young Entrepreneur
Posted by: rmf7a7
Uploaded by:Warisan Global Sdn. Bhd.
Event Description:Organize a one day Basic entrepreneurship clinic,At the morning program we have a talk session about
1.What is an Entrepreneur ?
2.Anatomy of an Entrepreneur
3.Access your skill
4.What kind of business should start? an original idea for a business
5.Selling ideas and products,products or services are identified
6.Organization and planning: setting and attaining goals, managing time commitments, and keeping work schedules,Ability to take risks
7.Finally, What type entrepereneur are you
1.Organize entrepreneurship competition where team 5-6 person
2.Create a new product by material was given
3.Spec of the new product,
Event Location:Lambor Kanan. Perak Perak 32900
Website: http://www.kedaikom.communities.com.my/
Event Hours:8:00 AM to 5:00 AM
Date :2008-10-22 - 2008-10-22
Posted by KEDAIKOM PERAK at 4:19 PM 0 comments
Thursday, January 1, 2009
Pengusaha/Jurulatih : Penggunaan Ctr+C
Infomasi ini saya dapat dari seorang kawan melalui Forum.. sama ada terdapat kebenarannya dan kesahihannya .. kenalah kita membuat suft sendiri..
Assalamualaikum. Sekadar untuk informasi semua. Berhati hati dengan Ctl+c apabila anda menggunakan Internet Explorer. Kita banyak 'copy' pelbagai data dengan menekan Ctl+C dan 'paste' kan ia dimana mana.
Sebenarnya, 'copy' ini tersimpan di 'clipboard' dan boleh di akses daripada net dengan menggunakan kombinasi javascripts dan ASP. Sekadar untuk informasi semua.
Berhati hati dengan Ctl+c apabila anda menggunakan Internet Explorer. kita banyak 'copy' pelbagai data dengan menekan Ctl+C dan 'paste' kan ia dimana mana.
Sebenarnya, 'copy' ini tersimpan di 'clipboard' dan boleh di akses daripada net dengan menggunakan kombinasi javascripts dan ASP.
Cuba sendiri
1) Copy apa jua jenis text dengan menekan Ctl+c 2) dan
Klik link ini :
http://www.friendlycanadian.com/applications/clipboard.htm
Anda akan melihat text yang anda 'copy' tadi di skrin dimana ia telah di akses oleh website ini.
***Moral jangan sesekali menjadi pemalas apabila menggunakan internet. jangan guna Ctl+C sebagai jalan pintas untuk memasukkan sebarang data data sensetif(passwords, creditcard numbers, PIN).
Adalah menjadi teramat senang untuk meng'extract' text dari 'clipboard' untuk mencuri maklumat sensetif anda!!!!
Pastikan firewall anda diaktifkan... Jika tidak gunakan Firefox
Posted by KEDAIKOM PERAK at 1:38 PM 0 comments
Wednesday, December 31, 2008
Pengusaha/Jurulatih: Mengendalikan Kursus
Oleh rmf :
Kepada semua pengusaha kedaikom didalam Negeri Perak yang ingin membuat kursus kursus peringkat Asas/Pertengahan didalam modul latihan komputer di premis masing masing tetapi mengalami masalah untuk mendapatkan tenaga pengajar/ jurulatih. Sila berhubung dengan jurulatih jurulatih yang telah menamatkan program dan nyatakan maklumat kursus yang hendak dijalankan di tempat atau di kedaikom. Nyatakan maklumat seperti berikut yang perlu dibincangkan bersama jurulatih:
- Jenis atau Modul yang hendak diajar
Contoh Modul
Modul: Basic (MSWord,PPoint,Excel,Internet)
Modul:Basic (Membina Web Frontpage,Membina Blog, - Bayaran yang akan dibayar kepada jurulatih( Bergantung tahap Kursus)
- Tempoh masa kursus(Jangka pendek atau jangka panjang)
- Tahap kursus ( Asas atau Pertengahan)
- Jumlah Peserta melebihi 10 orang.
- Tempat tinggal Jurulatih
Sekian Terima Kasih:
Posted by KEDAIKOM PERAK at 10:32 AM 1 comments
Thursday, December 25, 2008
Pengusaha / Jurulatih : Bersihkan PC daripada Malware
Oleh rmf
Bersihkan PC daripada malware
Sekiranya PC anda dilanda serangan malware (mallicious software) seperti virus,worm, dan trojan, berikut merupakan antara langkah terbaik yang boleh dilakukan.
1.Tutup Internet:
Tutup connection internet kerana kebanyakan malware datang daripada internet.
2.Pergi safe mode:
Reboot windows dan pergi ke safe mode.Boleh dilakukan dengan menekan F8 semasa di BIOS.Tetapi perlu diingatkan OS yang berlainan mungkin mempunyai kunci yang berlainan.
Safe mode penting kerana kebanyakan program(termasuk virus) tidak dapat beroperasi di safe mode.Sekiranya antivirus anda dapat mengesan virus tetapi tidak dapat mendeletenya, ini mungkin kerana terdapat komponen virus tersebut yang masih berjalan.
3.Tutup system restore bagi Windows XP dan keatas:
Sekiranya system restore dibuka, kemungkinan besar malware yang telah anti virus anda buang akan dibina semula dan menyebabkan serangan virus tidak dapat dihentikan.
System restore boleh ditutup dengan klik kanan pada My Computer dan pilih ‘properties’.Tanda pada ‘turn off system restore’.
4.Scan menggunakan perisian Anti Virus:
Sekarang barulah proses scan dilakukan. Memandangkan proses ini dijalankan di dalam safe mode, kelajuan scan juga turut bertambah dan boleh diselesaikan dalam masa yang lebih singkat daripada mode biasa.
5.Jalankan anti spyware:
Anda juga digalakkan untuk menjalankan program anti-spyware memandangkan sesetengah spyware tidak dapat dikesan oleh anti-virus.Perisian seperti Spyware Blaster, Ad-Aware, dan Spyware Search And Destroy merupakan antara perisian yang bagus dan menjadi pilihan selain daripada percuma.Anti-spyware dan anti virus boleh dijalankan secara serentak dan tidak akan menyebabkan ‘clash’. Ini bergantung kepada anda untuk membuat pilihan berdasarkan kelajuan memori(RAM).
6.Jalankan hijackthis:
Hijakthis merupakan satu tools yang hebat dan amat berguna.Sungguhpun begitu, tanpa ilmu yang cukup anda mungkin menambahkan lagi kerosakan PC anda.
Hijackthis boleh berfungsi untuk :
-mengimbas dan memberitahu maklumat seperti program yang sedang berjalan dan maklumat-maklumat lain
-menghentikan proses yang anda rasa bahaya
-enablekan regedit(sekiranya regedit di’disable’kan oleh virus)
-menghentikan proram yang anda rasa tidak perlu pada start up
-delete file yang anda tidak dapat delete semasa di windows
7.Memperbaiki registry:
Sesudah segala pembaik pulihan dijalankan, anda mungkin mahu memperbaiki registry anda pula supaya registry yang tidak berguna dibuang dan value pada registry yang diubah oleh virus dapat dibetulkan semula.
Perisian-perisian seperti berikut boleh digunakan:
-Registry Mechanic (Shareware)
-Registry Fix
-RegRun
Posted by KEDAIKOM PERAK at 12:17 PM 2 comments